Bengkel Kek Brownies
21 September 2019 | Aktiviti TerkiniPada 20 September yang lalu, Pusat Internet Gunung Hilir telah menganjurkan Bengkel Kek Brownies bersama komuniti setempat yang terdiri daripada golongan belia dan wanita. Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan tentang kewujudan Pusat Internet dan fungsi serta perkhidmatan yang disediakan. Program ini menggalakkan komuniti untuk belajar kemahiran kendiri dan berpeluang menjadi usahawan sebagai pekerjaan sampingan seterusnya menjadikan Pusat Internet sebagai agen pengubah kepada para usahawan dalam mengembangkan perniagaan dan menjana ekonomi.
Antara modul yang dijalankan adalah seperti pengenalan tentang bahan-bahan kek brownies dengan teknik penyediaan yang betul dan mudah. Selain itu, peserta turut diberi tunjuk ajar mengenai cara pemilihan bahan untuk membuat kek. Peserta juga dapat berpeluang untuk belajar secara langsung tentang teknik penyediaan, memutar adunan hingga ke cara membakar kek dengan lebih teliti. Di samping itu juga, penghasilan kuantiti kek, pembungkusan dan jualan produk yang dihasilkan juga dititikberatkan.
Selain itu, staf Pusat Internet turut memberi taklimat kesedaran tentang “How Secure Is My Password” dan juga tentang keselamatan penggunaan di internet. Kesimpulannya, program seperti ini sangat menggalakkan komuniti setempat untuk menyertai program yang bermanfaat terutamanya ilmu kemahiran yang berguna dalam kerjaya sebagai usahawan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: